Mulai dari Januari 2013, disediakan program khusus untuk belia yang berkahwin.Pada permulaan insentifnya RM200 sahaja kemudian akan dinaikkan menjadi RM500.
SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF:
1. Terbuka kepada semua kaum
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3.
Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor
selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi
Taman)
4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
5.
Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di
Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan
Pendaftaran Negara di setiap negeri.
6. Perkahwinan kali pertama sahaja.
7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013.
9.
Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah
(bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)
DI MANA MEMOHON
1. Sila hubungi Pusat Khidmat Dun berhampiran ATAU
Seksyen Sektoral
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam
Tel : 03-5544 7920/7921
Selamat Memohon Kawan-kawan
Sekian
No comments:
Post a Comment