nuffnang ads

Wednesday, 4 March 2015

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) – Mac 2015

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) menjemput anda warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mencukupi syarat-syarat untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :
1. Pegawai Teknologi Maklumat – F41
2. Penolong Pegawai Tanah – NT27
Pendaftaran permohonan jawatan adalah dibuka sehingga tarikh tutup iklan dan hanya diterima melalui permohonan secara online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berjaya dipanggil temu duga dikehendaki membawa bersama Borang SPAJ.01 yang telah lengkap diisi beserta gambar berukuran pasport serta dilampirkan bersama salinan-salinan dokumen yang ditetapkan. Kad Pengenalan dan Dokumen-Dokumen Asal yang berkaitan hendaklah di bawa ketika menghadiri sesi temu duga.

Untuk memohon jawatan kosong secara online dan mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong ini, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 15 Mac 2015
Penempatan : Johor

No comments:

Post a Comment